SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan. Kepada para Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, PT3 dan SPM. Berikut adalah SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan yang dapat dikongsikan pada anda semua.


SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Sistem ini memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, bagi memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Sistem ini hanya menyediakan :

  • Semakan Sekolah Rendah - Semakan bagi darjah 1 dan ke atas sehingga Darjah 6
  • Semakan Sekolah Menengah - Semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas sehingga Tingkatan 5

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan


Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pergi ke laman web SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan untuk ke menu utama.


SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan


2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space). Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

3. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkongian tentang perkhidmatan SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan dapat membantu ibu bapa dalam memantau serta meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Previous
Next Post »