Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM

Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM. Pemohon yang baru menamatkan peperiksaan SPM, anda digalakkan untuk memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8. Dengan itu, anda dapat menyambung pelajaran anda dalam bidang diploma atau sijil dibawah pembiayaan SPA. Berikut adalah Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM yang dapat dikongsikan pada anda semua.



Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM


Berikut adalah Borang SPA8i yang boleh dipohon oleh lepasan SPM bagi menyambung pelajaran anda dalam bidang diploma atau sijil dibawah pembiayaan SPA :

Cara Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM

  1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang SPA8i di atas
  2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru. 
  3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online

Syarat Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM


Syarat terkini SPA adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa :

(a). Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun
(b). Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
(c). Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
(d). Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja(e). Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
(f). Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga


Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2017.

Sebarang Pertanyaan Tentang Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM

  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA - (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
  • Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan
    pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam
  • Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my 
Semoga berjaya kepada pemohon yang memohon Permohonan Borang SPA8i Lepasan SPM dan pemohon disarankan mengisi borang dengan betul dan tepat bagi mengelakan kesukaran semasa pemprosesan permohonan oleh pihak SPA.


Oldest